"Your Life Through My Lens"

Posts tagged “photographer event

Solemnization of Aisyah & Mokhtie | Jerantut, Pahang | 16 Sept 2011

Salam semua, sangat lama rasanya dah tak update blog ni….ada dalam 1 bulan lebih rasanya….baby Isabella Muszaphar pun mesti dh pandai gelak2 skrg ni…last update gambar Isabella…. Sepanjang Ramadhan, tak berkesempatan untuk update blog ni…agak busy skt…atau buat2 busy…hehehe..

Apa-apa pun, harap masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua muslimin dan muslimat diluar sana… كل عم و انتم بغير

Dalam pos kali ini, saya nak berkongsi gambar yang baru sahaja saya shoot Jumaat lepas…dalam kesibukan sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, saya pula ke Jerantut nun di Pahang sana….kali pertama saya menjejakkan kaki ke jerantut… Terima Kasih pada pasangan Aisyah & Mokhtie kerana memberi kepercayaan penuh pada AzmirKhalid. Ni sedikit slide show express yang saya sediakan sehari selepas pernikahan mereka untuk tatapan tetamu di hari persandingan mereka pada 18/9/2011 (ahad). 

Untuk gambar2 newborn, nantikan post saya seterusnya…akan dibuat rally on newborn photos tidak lama lagi….sebab ada beberapa newborn yg tidak sempat saya update lg….

Kepada Mokhtie & Aisyah, kami di AzmirKhalid STUDIO mengucapkan Tahniah!!! Moga kekal hingga ke akhir hayat…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Birthday Party Shoot -LIVE-

Birthday Party sememangnya majlis yang dinantikan oleh setiap kanak-kanak setiap tahun. kali ini saya paparkan sedikit gambar majlis ulang tahun di FullHouse Cafe, Ampang.

Walaupun dah selalu shoot birthday party, tapi task kali ini sangat mencabar. Mana tidak, biasa shoot dan balik office edit….tapi atas permintaan Madam Wong, mak kepada birthday girl, saya terpaksa shoot and print on the spot untuk menjadikan hadiah kepada tetamu2 yang hadir…jadinya, shoot + edit + print dalam masa 2 hours je….

Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah pada awalnya… Segalanya dah diserahkan pada Madam Wong San San dan mereka sangat gembira…..

Thousand Thanks to Madam Wong San San and Family….

 

regards,

Azmir Khalid

012-3184.184


-teaser- Khadijah luv Abu @ Kelantan -teaser-

Salam semua, sekian lama tak update blog ni…tapi kali ni kembali dengan sedikit teaser untuk wedding terkini pada 5&6/11/2010 baru ni. Majlis diadakan di Jalan Hospital, Kota Bharu, Kelantan. Ini merupakan 1st time saya ke Kelantan. Agak excited gk…seawal 6.30pagi sy n team telah bergerak…perjalanan yang menyeronokkan…sesampai sana, kami sesat hampir 1 jam di Kota Bharu….maklumla, 1st time smpi dan bergantung pada GPS…tapi dh banyak jalan2 ditukar menjadi 1 way…mana tak pening GPS tu….tapi alhamdulillah selamat sampai kerumah pengnatin. oklah, untuk tidak memanjangkan cerita, ni ada 2 gambar sahaja dulu….yang selebihnya tunggu album siap nanti…

buat K.Dee n Abu: Selamat Pengantin Baru…jumpa di Perak nanti…

 

Azmirkhalid
0123184184

BIRTHDAY PARTY TIME!!!

Salam semua….selamat hari raya…maaf agak terlambat nak wish…ini semua disebabkan masalah teknikal pada macbook pada hari raya pertama haritu…dekat sebulan masuk warranty, so skrg dah sihat balik dah macbook ni….baru boleh update blog ni….so sepanjang raya hari tu, sempat team thePhotoShooterz g shoot 2 birthday party. 1st one ADAM FARHIN 4thn….Adam Farhin ni ada 2 lagi adik yang juga nama Adam gk….comel2 semua…majlis ni berlangsung di Putra Heights pada 25 September lalu….. 1 gambar je dulu, yang lain sedang dalam process editing dan akan di update kemudian…..

 

Majlis ke2 majlis Baby Sumayyah, 1 tahun….majlis disambut juga bersama Atoknya yang berkongsi birthday pada bulan yang sama….Majlis ni berlangsung di Jalan Ipoh, KL pada 2 October baru ni…..ni pun 1 gambar je dulu….yang lain akan menyusul kemudian….stay tune…

.

.

.

.

AzmirKhalid thePhotoShooterz

0123184184

azmir@azmirkhalid.com


Wani & Nizam – Cheras, Kuala Lumpur

Salam Ramdhan….

Sekian lama tak update on wedding photo…maklum la, wedding, banyak photo utk dipilih…tak berkesempatan plak…kali ni upload gambar wedding bulan 6 dulu…album semua dh selamat pun di serahkan pada pengantin…alhamdulillah mereka sgt gembira…dapat2 terus tayangkan slide show depan family dan sedara mara yang ada dirumah masa tu….mau 5 kali ulang tayang slide show tu….hehehe…

Sebelum terlupa, nak ucapkan Ramadhan Karim utk semua pembaca blog ni…moga ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini.

Kepada Syazwani dan Nizam…..terima kasih kerana memilih saya…..


SIFE Malaysia National Exposition 2010 – PWTC, Kuala Lumpur

30 jam team thePhotoshooterz yang terdiri dari saya, firdausmokhtar, faiz arman, dan farhan jamil berada di PWTC Kuala Lumpur untuk cover event SIFE Malaysia National Exposition ni. Ramai yang tanya, apa tu SIFE Malaysia? untuk yang bertanya tu blh layari SIFE Malaysia.

Pertandingan yang sangat hebat…15 University seluruh negara terlibat dan puluhan lain yang turut bersama dalam program selama 3 hari ni…..kami diPhotoshooterz sangat berbesar hati dan gembira kerana terpilih untuk shoot event ni…thanks to SIFE Malaysia (Datin Norela, Shammaredza dan Kamila). You all had done a great job…

Apa2 pun, ni sedikit teaser gambar untuk event ni….

Gambar ni di shoot oleh team thePhotoshooterz (firdausmokhtar) di Putrajaya dan dihadiahkan kepada Dato’ Seri Mustapa Mohamed pada majlis penutup dan penyampaian hadiah event ini….

.

.

.

Event Photography by azmirkhalid thePhotoshooterz

0123184184

azmir@ajibahdesign.com


Karnival Belia 1 Malaysia 2010 di Putrajaya



Hari sabtu yang lepas, aku ke putrajaya ngan isteri dan anak tercinta…pergi dengan 2 tujuan….tujuan pertama sebab nak pastikan PA System yg aku supply semua berjalan lancar dan yang kedua untuk shoot drift kt sana…

Karnival Belia 1 Malaysia ni dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada pagi sabtu tu….tapi aku terlepas sebab smpi lambat sikit….mana taknya, semua jalan di tutup…so kena cari tempat parking yang paling dekat dengan karnival ni….Banyak sangat majlis dijalankan di Putrajaya pada hari yang sama. Jom Heboh TV3 pn pada hari yang sama gk.

Karnival ni juga dihadiri oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dengan rombongan motor-motor berkuasa tinggi…

Lambaian dari Datuk Seri Dr Zahid Hamidi

harap2 anda semua terhibur la ek….


Baby and Family Portraits

Hari ni hari buruh…hari bercuti untuk semua pekerja2…bukan sahaja pekerja buruh, tapi semua pekerja…jadi untuk mengisi hari cuti ni, saya buat sesi family photoshoot.

Hari ni shoot 2 family. Family En. Dzul Helmi dan Family aku sendiri. Seronok ambil gambar baby ni, aksi mereka sentiasa nampak comel je. tapi ambil gambar baby ni tak semudah yang dijangkakan la, sebab baby ni bukan boleh kita bagi arahan, jadi memang memerlukan banyak kesabaran. Tapi bila tengok hasil, memang best la…berbaloi bersabar…

kepada semua yang bekerja…SELAMAT HARI PEKERJA!!!

Jadi, klu anda nak gambar anak anda seperti ini, boleh hubungi saya di 0123184184 / azmir@ajibahdesign.com.


AlFarabiBand Facebook Fan Gathering 2010

Semalam malam team thePhotoshooterz yg terdiri dari aku dan Firdausmokhtar dijemput untuk shoot gathering AlFarabiBand ni. Gathering ni diaorang buat sempena meraikan peminat diaorang dalam facebook jauh dari German datang untuk nak saksikan persembahan live mereka. Nak dijadikan cerita, punya fanatik peminat ni, dia boleh hafal lagu2 AlFarabiBand ni walaupun dia orang German asli. Jadi untuk pendekkan cerita, ni ada sedikit gambar2 yang sempat kami rakamkan. Selebihnya boleh tengok kt sini.


Engagement Nadia Kamaruddin at TTJ, Seremban

Zaman sekolah orang kata zaman bercinta. Ramai yang bercinta dari sekolah. Tapi tak semua kekal sehingga ke pelamin. Pasangan hari ni berjumpa masa zaman sekolah di URESS (Undang Rembau Secondary School) di Rembau dulu…dan kekal sehingga sekarang…Alhamdulillah…moga lepas ni cepat kawhin plak….


Akad Nikah Suwaibah & Azri @ Kuang

Majlis nikah Suwaibah dan Azri yang diambil kt Masjid Kuang, Jalan Ciku. Majlis sangat simple yang dihadiri oleh keluarga terdekat dari kedua2 belah pihak sahaja. Selepas habis majlis, mereka terus sambung dengan Majlis Resepsi Perempeuan di Dewan Merdeka Kuang. Gamabr2 Resepsi akan mujul kelak.


Up2Date Fashion Show @ KL

Up2Date, fashion muslimah yang trandy berasal dari Indonesia. Kepada muslimah2 yang ingin berketrampilan modern dalam masa sama menjaga syariat, boleh la cuba fashion dari Up2Date. thePhotoshooterz telah menjadi official photographer untuk fashion show Up2Date di KL.


Blog Stats

  • 60,751 hits

themarriage

%d bloggers like this: