"Your Life Through My Lens"

Fun Kids & Family Portraiture at Perth, Australia…

Alhamdulillah, segala urusan di Perth, Australia telah selesai dengan jayanya. 2 minggu kami di sana, banyak gambar yang ingin kami kongsikan disini, pastikan anda baca sehingga habis… 🙂

Banyak tempat2 yang sangat cantik untuk buat sesi outdoor portraiture, dan kami ada perancangan untuk membuat pakej kepada anda untuk berphotoshoot di sana…berminat tak?

Gambar di atas gambar di Penguin Island, Rockingham, WA. Pulau yang ada penguin terkecil di dunia. Gambar2 penguin akan dikongsikan dibawah.

Kami tiba di Perth Airport awal 15 minit dari jadual. Jalan clear kt…hehehe… sedang menanti bagasi-bagasi yang lain….

Cuaca semasa kami sampai agak sejuk, dalam 12 celcius, dengan tiupan angin lebih kurang 30km/jam… menusuk ke tulang…hehe

Walaupun kepenatan tidak dapat tidur dengan lena dalam perjalanan, kami tidak membuang masa untuk tidur dulu, tetapi terus ke Tasik berdekatan… Tasik yang diberi nama Jackadder Lake. Taman yang sangat indah….penuh dengan burung2 kakak tua putih, burung seagull, itik-itik dan angsa hitam.

dua gambar diatas adalah gambar ketika sunset yang sempat saya rakamkan, masih di Jackadder Lake.

masih di Jackadder Lake…seronok tengok anak-anak girang berlarian kesana-sini….

ni pula di perth city, kelihatan postman naik basikal untuk hantar surat..pakaian dah siap untuk hujan, wlpn hujan, mereka masih bekerja lagi..sgt efficient..

kt perth city ni, hanya seminggu sekali je ada kehidupan malam. hanya jumat malam sabtu je…hari lain, kul 5 kedai semua dh tutup. ni gambar pada jumat malam sabtu…memang ramai orang…

demi menjaga kesejahteraan orang ramai, polis ada dimana-mana dengan basikal…ada je salah, saman time tu juga…hehe

sempat jumpa seorang musician dari Jepun, membuat persembahan di khalayak ramai…

nama binatang ni Lama. terkenal dengan suka meludah…tapi bukan ludah suka2…itu sebenarnya cara mereka mempertahankan diri..die akan ludah bila die rasa terancam sebab ludah die sangat busuk.. (katanya la…tak pernah plak bau..hehe)

pandai die posing depan kamera kn?

di perth ni, banyak tempat2 yang cantik2…penuh kehijauan. gambar diatas ni dalam Univeristy of Western Australia (UWA). salah 1 University tercantik di dunia…memang cantik landscape dan bangunan2 die…

ni pn di UWA>

semasa di perth, sempat kami berjalan ke Penguin Island terletak di Rockingham, 45minit drive dari tempat kami tinggal dan 5 minit naik ferry. ni la pulau yang dikatakan di atas tadi…

ni bukan baby penguin, tapi memang spesis penguin terkecil didunia…ni la size paling besar die…

ni masih di sekitar penguin island..sangat cantik suasana disini…beberapa lagi gambar di bawah…

walaupun nama Penguin Island, tapi burung seagull ni sangat banyak di pulau ni…burung atas ni sedang memeram telur di sarang die..

Kings Park, salah satu taman yang sangat popular di Perth. ni pandangan Swan River dari taman ni…

di sekitar Kings Park.

salah satu taman permainan dalam Kings Park.

ni pula di Fremantle, Bandar terdekat dari Perth. Popular dengan Fish & Chips di tepi laut… Dari Perth City, boleh ke si

ni dengan Boat Cruise sepanjang Swan River sampai ke Fremantle atau boleh naik bus atau kereta.

Freemantle market…

suasana malam di Freemantle.

di laut berdekatan tempat saya tinggal…memang di utamakan untuk surfer bermain di sini…

lompatan di pinggiran swan river. terima kasih pada wife tangkap gambar ni… ada gk gmbr saya..hehe..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 59,848 hits

themarriage

%d bloggers like this: